web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


85 Kematian Baharu COVID-19, Johor Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 12:50PM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 34,329 dengan 7,199 daripadanya adalah kes BID. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 85 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 23 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 34,329 dengan 7,199 daripadanya adalah kes BID.

Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 18 kes, diikuti Perak (17), Selangor (15), Kedah (10), Pulau Pinang (5), Melaka (4), Pahang (4), Kelantan (3), Kuala Lumpur (3), Sabah (2), Sarawak (2), Terengganu (1) dan Putrajaya (1).

Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak  283,275 kes aktif dilaporkan dengan 273,974 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,747 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,164 sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 390 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 219 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 33,347 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 34,970 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 17,699 dos penggalak, 16,078 dos pertama dan 1,193 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,785,542 atau 79 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,942,386 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad