web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tragedi Kampung Kurnia Jaya, 4 PPS Diaktif Bantu Mangsa 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 9:02PM

Joseph (kiri) melawat mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas, yang ditempatkan di PPS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau mengaktifkan empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas, kelmarin.

Pengerusinya, Joseph Pang berkata, Dewan Serbaguna Kampung Kinabutan Kecil dan Dewan Serbaguna Kampung Hidayat itu diaktifkan serta-merta sejurus kebakaran berlaku.

"Sekiranya dua PPS ini penuh dan masih terdapat peningkatan dalam kemasukan mangsa, maka PKOB akan mengaktifkan dua lagi PPS iaitu Dewan Sri Balung dan Dewan Kampung Ranggu.

"Setakat ini, jumlah mangsa yang berdaftar adalah seramai 1,154, melibatkan 227 keluarga," katanya kepada media, hari ini.

Tambah Joseph, daripada jumlah itu, 1,031 adalah penduduk tempatan manakala selebihnya warganegara asing.

"Berdasarkan prosedur sedia ada, penempatan PPS hanya dibuka selama tiga hari, justeru saya meminta mangsa berkaitan segera mencari kediaman sementara termasuk menumpang di rumah ahli keluarga yang lain.

"Sehingga kini, tiada kekosongan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini sekali gus menyukarkan semua mangsa mencari penempatan baharu,” katanya.

Christina Liew
Christina Liew

Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew menggesa kerajaan membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) di daerah ini bagi membantu penduduk yang kehilangan kediaman akibat terbakar.

"Kejadian yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya itu menyebabkan 700 kediaman musnah manakala ribuan rakyat hilang rumah dalam sekelip mata.

"Justeru, kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian agar mereka boleh ditempatkan di kediaman lebih selesa, sekali gus mengatasi masalah kewujudan setinggan," katanya.

Rina (kiri) melawat mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas.
Rina (kiri) melawat mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas.

Cadangan terbabit turut dipersetujui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal.

"Menerusi PPR atau PPRT, saya melihat bukan sahaja masalah penempatan setinggan dapat diatasi, tetapi ia turut mengurangkan beberapa masalah sampingan lain termasuk aktiviti penyambungan elektrik secara haram yang menjadi antara punca kebakaran.

"Saya sendiri sudah mengutarakan perkara ini beberapa kali sejak menjadi wakil rakyat, sama ada menerusi Persidangan Dewan Undangan Negeri mahu pun media sosial memandangkan PPR atau PPRT adalah keperluan rakyat Sabah," katanya.

Terdahulu, Rina turut menziarahi lebih 200 mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya dan menyampaikan sumbangan pek makanan, minuman serta pelitup separuh muka kepada mereka. - Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad