web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Goldman Sachs Bayar Kathryn Ruemmler AS$17.5 juta Pada Tahun Pertama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 11:14AM

Kathryn Ruemmler - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Undang-undang Goldman Sachs, Kathryn Ruemmler, yang menyelia program pengantara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) – antara lain, menerima pampasan berjumlah kira-kira AS$17.5 juta (RM73.4 juta). 

Dalam laporan Bloomberg, jumlah pampasan itu hampir dua kali ganda jumlah yang terima bekas ketua undang-undang bank berkenaan, Karen Seymour, yang mendapat pakej AS$9 juta pada 2020.

Pakej Ruemmler dilaporkan termasuk AS$7.9 juta tahun lepas - gaji pokok AS$1.5 juta dan bonus AS$6.4 juta – serta bonus saham bernilai AS$9.6 juta.

Menurut bank pelaburan itu, Ruemmler bertanggungjawab bagi 'pemantauan eksekutif' ke atas 'program pengantara berkaitan 1MDB' serta menasihati 'pelbagai perkara melibatkan perundangan, reputasi dan peraturan'.

Dilantik setahun lalu, beliau juga ditugaskan dengan strategi litigasi dan penguatkuasaan serta bertanggungjawab ke atas bahagian pematuhan dan penyelesaian konflik Goldman Sachs.

Ruemmler adalah bekas peguam White House ketika pentadbiran Presiden Amerika Syarikat,  Barack Obama dan menyertai Goldman Sachs selepas firma itu mengakui penglibatannya dalam skandal kewangan 1MDB.

Beliau juga merupakan pengerusi bersama pembelaan kolar putih dan amalan penyiasatan di firma guaman Latham & Watkins di Washington.

Setakat ini, Goldman Sachs membayar sebanyak AS$2.5 bilion kepada Malaysia pada 2020 sebagai sebahagian daripada penyelesaian.

Bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner juga mengaku bersalah pada 2020 dan kini menjadi saksi utama dalam perbicaraan bekas rakan sekerja Roger Ng. - The Vibes, 19 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 57 minit yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar