web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


59 Kematian Baharu COVID-19, Perak Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 10:28AM

Jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 kini mencecah 34,244 dengan 7,176 adalah kes BID - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 59 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, 13 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 34,244 dengan 7,176 daripadanya adalah kes BID.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 15 kes, diikuti Selangor (12), Johor (11), Kelantan (6), Melaka (5), Pahang (3) manakala Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing dua kes dan Kedah (1).

Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak  294,366 kes aktif dilaporkan dengan 284,592 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 1,791 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 7,600 sedang menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 383 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 222 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 26,615 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 40,418 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 20,436 dos penggalak, 18,273 dos pertama dan 1,709 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,784,236 atau 79 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi dengan 22,941,756 membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas. - Getaran, 19 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad