web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Orang Ditahan, Main Judi Di Tempat Awam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 8:55AM

Beh Eng Lai - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai lapan individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian di tempat awam iaitu di sebuah pusat hiburan di Batu 3, Jalan Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul,  ACP Beh Eng Lai berkata mereka yang berusia 18 hingga 62 tahun yang ditahan dalam Op Noda dan Dadu itu terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing.

Beliau berkata siasatan mendapati kegiatan perjudian itu berselindung di sebalik sebuah pusat hiburan yang dipercayai beroperasi sejak dua minggu lepas dan semasa serbuan dilakukan, sembilan pelanggan lain sedang berhibur sambil minum minuman keras.

“Sembilan pengunjung pusat hiburan itu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara manakala lapan orang terdiri daripada dua penjaga, dua pekerja pusat hiburan dan empat pemain judi ditangkap,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beh berkata semakan rekod mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan pelbagai kesalahan.

Katanya kesemua lapan individu itu direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1953 kerana tidak memiliki lesen hiburan dan Seksyen 7 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi di tempat awam. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 52 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek