web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Lompat Parti, Had Tempoh Jawatan PM Ditangguh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 7:10PM

RUU berkaitan anti lompat parti dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri sehingga 10 tahun akan dibentang di Parlimen selepas pendapat dan input diperoleh semua pihak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung anti lompat parti dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri sehingga 10 tahun akan dibentangkan di Parlimen selepas pendapat dan input diperoleh daripada semua pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia juga akan dilaksanakan sebaik sesi libat urus dilakukan pihak berkenaan selesai.

Katanya, sekiranya Jemaah Menteri meluluskan, RUU tersebut akan dibentangkan semasa Sidang Khas Parlimen selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebaik Perdana Menteri bersetuju menggunakan kuasanya di bawah Peraturan tersebut.

“Kabinet memutuskan bahawa RUU ini masih memerlukan penelitian lanjut melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan pindaan ini mendapat sokongan mereka di Dewan Rakyat.

“Di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Wan Junaidi memaklumkan, beliau sudah mengemukakan surat kepada semua pemimpin parti dan borang soal selidik untuk dijawab mereka bersama draf RUU bagi mendapatkan pandangan serta input selanjutnya.

“Inisiatif ini adalah kesinambungan daripada keseluruhan sembilan sesi libat urus yang saya sudah adakan bersama pelbagai pihak, seperti ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan parti komponen, termasuk di Sabah dan Sarawak dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri serta Jabatan Peguam Negara.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa sesi libat urus bersama BN dan PN yang dijadualkan pada 26 serta 28 Februari 2022 sudah ditangguhkan atas permintaan parti untuk memberi fokus kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited dan akan meneruskan usaha merealisasikan penggubalan RUU itu.

“Ini adalah demi memastikan kestabilan politik negara berada pada tahap terbaik,” katanya.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan bukan tidak mahu melaksanakan RUU itu, sebaliknya menangguhkan sedikit masa bagi memperbaiki beberapa draf berkaitan.

“Saya percaya bila dah (sudah) diperbaiki draf itu, undang-undang tersebut akan pergi ke Parlimen untuk dibahas dan dipersetujui.

“Terlalu ‘pramatang’ untuk kita kata mengenai memorandum persefahaman (MOU). Biar kita (kerajaan) selesaikan dulu perjanjian kita dan perkara sudah kita persetujui dalam MOU asal,” katanya pada sidang media di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini. – Getaran, 18 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad