Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bekas Majistret Dipenjara 58 Tahun, Denda RM1.05 Juta Terima Rasuah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 5:20PM

Mohamad Amin dihukum penjara 58 tahun dan denda RM1.05 juta selepas didapati bersalah atas 6 tuduhan menerima rasuah, tiga tahun lalu. Hakim membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda, kerana ingin merayu ke Mahkamah Tinggi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 58 tahun dan denda RM1.05 juta terhadap seorang bekas majistret, selepas didapati bersalah atas enam tuduhan menerima rasuah kira-kira tiga tahun lalu. 

Keputusan dibuat Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain selepas mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan munasabah bagi mematahkan hujahan dikemukakan pendakwa.

Tertuduh, Mohamad Amin Shahul Hamid, 40, juga berdepan hukuman penjara tambahan 72 bulan jika gagal membayar denda ditetapkan mahkamah. 

Menurut fakta kes, tertuduh ketika berkhidmat sebagai majistret di Raub dan Lipis, didakwa meminta suapan berjumlah RM100,000 dan menerima sogokan bernilai RM110,000 daripada Hassan Basri Ahmad Sutan Modo di sekitar Lipis dan Raub, antara 5 Julai hingga 22 Oktober 2019.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tertuduh hanya mengenakan denda dan tidak menjatuhkan hukuman penjara terhadap Hassan Basri, yang didakwa memiliki rokok seludup semasa kes terbabit didengar di hadapan tertuduh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala tertuduh diwakili peguam, S Meheraj. 

Pada 9 Ogos tahun lalu, mahkamah selepas mendengar keterangan 15 saksi pendakwaan memerintahkan tertuduh membela diri terhadap semua pertuduhan secara bersumpah tanpa mengemukakan saksi lain bagi menyokong pembelaannya.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi menangguhkan semua hukuman itu selepas pihak pembelaan mengemukakan permohonan untuk menfailkan keputusan berkenaan ke Mahkamah Rayuan. - Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Joseph Kurup, Pemimpin Veteran Sabah, Meninggal Dunia

oleh Fida Ruzki

Semasa 9 jam yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 1 hari yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei