web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Catat Penurunan, 27,004 Jangkitan Baharu Semalam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 1:48PM

Terdapat pertambahan 9 kluster baharu COVID-19 di negara ini, sekali gus menjadikan jumlah terkini kluster yang masih aktif adalah 340. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27,004 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam yang mencatatkan penurunan sedikit berbanding 28,298 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,927,437 kes.

Menurut beliau, jumlah direkodkan itu membabitkan 26,285 kes tempatan dengan 1,089 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 15,642 kes atau bersamaan 57.92 peratus. Sebanyak 11,163 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 63 kes iaitu 0.23 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (72) serta kategori 5 (64),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 199 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 51 kes iaitu 25.63 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

"Daripada jumlah itu, 82 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 66 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 95 kes berumur 60 tahun ke atas di samping 105 kes mempunyai komorbiditi," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan sembilan kluster baharu di negara ini menjadikan sehingga kini terdapat 340 kluster yang masih aktif di negara ini.

Menurut beliau, perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,902 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

"Bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 373 kes iaitu 122 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dengan 221 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 225 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, lapan negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU tertinggi dicatatkan di Perlis iaitu sebanyak 73 peratus.

“Selain itu Kuala Lumpur pula sudah menggunakan 73 peratus daripada keseluruhan 30 katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak dua daripada tiga katil di Putrajaya juga sudah diisi pesakit COVID-19 manakala di Kelantan pula sudah menggunakan 63 peratus katil yang dikhaskan,” katanya. 

Menurut beliau, Johor, Selangor, Melaka, Sarawak dan Perak pula masing-masing sudah menggunakan  sebanyak 60, 56, 52 dan 51 peratus katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 13 negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus iaitu di Selangor dengan 95 peratus, Kuala Lumpur (89 peratus), Putrajaya (83 peratus), Perlis (79 peratus), Perak (79 peratus) dan Terengganu (78 peratus).

“Selain itu, enam negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Sarawak (70 peratus), Melaka (68 peratus), Negeri Sembilan (62 peratus), Kelantan (60 peratus), Johor (55 peratus), Pahang (54 peratus) dan Pulau Pinang (52 peratus).

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 225 namun peratusan penggunaan alat tersebut adalah sebanyak 25 peratus. - Getaran, 18 Mac 2022.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan