web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadapi Pelbagai Kekangan, Haflin Pasrah Lepaskan Villa Danialla

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 9:04AM

Haflin Nazri Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Villa Danialla Beach Resort di Kandis, Jalan Tok Bali di sini bakal dilepaskan kepada pembeli berpotensi yang mampu meneruskan legasi pusat pelancongan berkenaan dengan lebih baik dan mampan.

Villa yang sudah beroperasi sejak 15 tahun lalu itu bukan sahaja menarik pengunjung dalam negara, malah turut menarik pelancong luar termasuk Eropah.

Pengarah Urusan Villa Danialla Beach Resort, Datin Seri Haflin Nazri Aziz, 39, berkata, hatinya berat untuk melepaskan villa berkenaan yang diasaskan oleh Allahyarham ibunya, Datuk Siti Hamidah Hamat.

Keputusan berkenaan bagaimanapun katanya, terpaksa diambil dek beberapa kekangan, termasuk ketiadaan masa mencukupi untuk menguruskan operasi rumah peranginan itu.

“Kerana itu saya mahu mencari pembeli yang berpengalaman luas dalam menguruskan resort kerana tidak mahu ia terhapus begitu sahaja.

“Saya mahu melihat Villa Danialla terus beroperasi walaupun ketika saya bukan lagi pemiliknya,” katanya sayu, ketika ditemui Getaran di sini.

Villa Danialla Beach Resort
Villa Danialla Beach Resort

Masakan tidak sayu, mustahil tidak sedih melepaskan Villa Danialla pergi kerana di situ tertumpah jerih perih dan susah payah arwah ibunya, membangunkan resort tersebut dari bawah hingga termasyhur di seluruh negara.

"Villa ini dibina di atas tanah berkeluasan 3.4 hektar dengan 79 bilik, dua dewan dan satu kolam mandi bersaiz olimpik, dengan nilai RM24 juta.

"Kedudukan villa ini amat strategik dan sudah dikenali ramai kerana lokasinya berada di tepi pantai yang tersohor di Kelantan. Justeru, saya ingin mencari pembeli yang benar-benar berpengalaman dan mempunyai visi untuk terus memajukan villa ini sekali gus meneruskan legasi perniagaan,” katanya.

Haflin Nazri Aziz
Haflin Nazri Aziz

Menurut Haflin, Villa Danialla bukan sekadar resort, sebaliknya momento buat beliau dan adik-beradik kerana ia dibina sepenuhnya menggunakan wang gaji Allahyarham Siti Hamidah ketika berkhidmat dalam sektor korporat.

"Saya melihat kegigihan ibu membangunkan villa ini 15 tahun yang lalu tanpa membuat sebarang pinjaman, malah sanggup berhenti kerja di Kuala Lumpur demi memberi sepenuh perhatian kepada Villa Danialla.

"Ibu bukan sekadar mengendalikan operasi, malah semua pokok besar di pintu masuk ini juga ditanam oleh kami berdua bagi mengindahkan lagi kawasan ini,” katanya, sebak mengimbas kenangan manis bersama wanita berhati waja itu.

Villa Danialla Beach Resort
Villa Danialla Beach Resort

Haflin menarik perhatian, bermula dengan hanya 20 bilik, Villa Danialla pernah disewa rakyat Russia yang bertugas di Gong Kedak, Terengganu sebelum biliknya ditambah kepada 79 buah.

“Usaha gigih ibu tanpa henti menjadikan Villa Danialla sangat terkenal, ditambah dengan kedudukannya di tepi Pantai Tok Bali, sememangnya menawarkan keindahan tersendiri.

“Bukan mudah saya mahu melepaskan semua ini pergi, kerana itu saya benar-benar berhati-hati dalam mencari pembeli. Bimbang jika legasi ibu ini terhenti atau terhapus jika penjualan dibuat secara semberono,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 minit yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar