web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teka-Teki Terjawab, Tengku Zafrul Dedah Ada Sedikit Kecemasan Peribadi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 4:32PM

Tengku Zafrul - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz didakwa meletak jawatan oleh sebuah portal berita Bahasa Malaysia susulan ketidakhadirannya di Dewan Rakyat pagi tadi.

Namun dakwaan tersebut dinafikan sendiri tuan punya badan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, beliau tidak hadir ke Parlimen pagi tadi kerana ada sedikit kecemasan peribadi yang perlu diuruskan.

Malah katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Parlimen, semalam.

“Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan. Mengikut SOP soalan MQT, hanya Menteri sahaja yan1g boleh memberikan jawapan.

“Dan ini bukan pertama kali seorang Menteri diminta untuk membacakan jawapan Menteri lain. Banyak precedent on this. Terima kasih YB Menteri Agama kerana membacakan jawapan saya,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan semua soalan tambahan akan disediakan dalam jawapan secara bertulis.

 

Saya ingin merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang bertanya samada saya telah letak jawatan. Ini berkaitan dengan...

Posted by Tengku Zafrul on Thursday, March 17, 2022

“Saya meminta maaf kepada YB Padang Serai serta YB Tumpat dan YB Pokok Sena (yang bertanya soalan tambahan) atas kesulitan yang telah berlaku,” katanya.

Terdahulu, ketiadaan Tengku Zafrul di Parlimen menyebabkan soalan kepada kementerian itu terpaksa dijawab Menteri Agama, Senator Idris Ahmad.

Namun penjelasan Tengku Zafrul sebaik sahaja dakwaan itu tular berjaya menamatkan teka-teki berhubung spekulasi ketidakhadirannya itu termasuk didakwa melepaskan jawatan selepas kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam pada itu, mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022) oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah di Parlimen, Tengku Zafrul menjelaskan, ia sebenarnya memang berdasarkan perancangan kementerian tersebut.

“Tahun lepas pun, Timbalan Menteri Kewangan juga yang bentangkan, atau mungkin Utusan Malaysia buat-buat tak tahu, tak ingat atau tak kisah? Mereka boleh saja minta pengesahan dari pejabat atau pegawai saya.

“Saya mohon, kalau boleh, adillah sikit bila buat laporan media. Gunakanlah kuasa pena anda untuk menceritakan hal yang betul, bukan menghebahkan khabar angin,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 59 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad