web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Undi Pos Pada PRU15, EV Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 8:37AM

Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan undi pos bagi penduduk tinggal jauh dari pusat pengundian berdaftar khusus bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta perancangan kerajaan dalam membangunkan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan antara perkara akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, soalan berkaitan undi pos itu diajukan Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan) pada sesi soal jawab yang mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbang untuk membenarkan pengundian pos dalam merangka prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang lebih berkesan pada PRU15.

Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) akan mengajukan soalan kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung perancangan kementerian dalam usaha untuk membangunkan industri EV tempatan memandangkan industri itu semakin berkembang dan diterima di seluruh pasaran dunia.

Turut tersenarai, soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang turut meminta Perdana Menteri menyatakan apakah keperluan mendesak mengenai cadangan mewujudkan Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 yang akan melibatkan tambahan perbelanjaan berbanding menambah baik fungsi kecekapan dan keberkesanan NADMA yang sedia ada.

Selain itu, pertanyaan mengenai pendirian kerajaan dalam mewujudkan hubungan dengan kerajaan Afghanistan yang ditadbir pihak Taliban serta bentuk hubungan tersebut termasuk bantuan yang ingin diberi akan dibangkitkan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) kepada Menteri Luar.

Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) pula bertanyakan Perdana Menteri mengenai perancangan kerajaan dalam mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi pada 2025 dengan pendapatan isi rumah mencapai RM10,000 sebulan seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Selesai sesi tersebut, persidangan akan bersambung dengan sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja melibatkan lapan lagi kementerian didahului dengan Kementerian Kesihatan.

Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan