web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kartel Dalam PDRM, Abdul Hamid Bador Diminta Tampil Kemuka Bukti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:47PM

Abdul Hamid Bador - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan wujud isu kartel yang mencaturkan perjawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) demi kepentingan peribadi. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata adalah lebih baik untuk Abdul Hamid membuat laporan serta memberikan semua data yang beliau peroleh dan jika benar wujud dakwaan itu, pihaknya bersedia melakukan siasatan.

“Kita juga hairan kenapa tindakan tidak diambil semasa beliau menjawat jawatan itu malah membuat dakwaan umum ketika habis tempoh bertugas.

“Dakwaan itu boleh menjejaskan nama baik kementerian dan seluruh agensi di bawah KDN,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. 

Pada 22 Februari lepas, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dalam kenyataan memaklumkan dakwaan wujud kartel dalam PDRM sebagaimana didakwa bekas Ketua Polis Negara itu tidak dapat ditentusahkan.

Pengerusi EAIC, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata keputusan itu adalah dapatan siasatan badan tersebut berdasarkan keterangan saksi dan dokumen yang diperoleh.

Mengulas isu stateless children atau anak-anak tanpa kad pengenalan di negara ini, Jonathan berkata adalah di luar bidang kuasa kerajaan jika pemohon ingin mendapatkan perintah mahkamah berhubung taraf kewarganegaraannya kerana ia merupakan inisiatif pemohon sendiri.

Beliau berkata kementerian hanya akan memproses dan mempertimbang permohonan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Sebenarnya, bagi mereka yang bukan warganegara, apabila mereka memohon kewarganegaraan, permohonan itu bukan secara hak mereka untuk mendapatkannya, itu terserah kepada bidang kuasa dan budi bicara kerajaan sedia ada.

“Kalau kita sewenang-wenangnya memberikan semua kewarganegaraan kepada bukan warganegara, apa akan jadi dengan negara kita,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang bertanya mengenai jumlah kes stateless children di negara ini dan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan golongan itu mendapatkan perintah mahkamah. - Bernama

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad