web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggubahan Wang Haram: Bekas Pengerusi Mara Inc Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 9:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Bekas Pengerusi MARA Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) Datuk Mohammad Lan Allani hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM10 juta.

Mohammad Lan, 66, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mohammad Lan didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan wang RM3 juta daripada akaun Private Banking Portfolio CIMB Bank miliknya ke akaun simpanan tetap CIMB Bank Berhad juga miliknya di CIMB Bank, Jalan Sagunting Central Building di sini pada 10 Dis 2012.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memindahkan wang RM7 juta ke dalam akaun miliknya di tempat dan hari yang sama.

Mohammad Lan didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613), dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.

Hakim Abu Bakar menetapkan wang jaminan RM100,000 dan 30 Jun untuk tarikh sebutan semula kes, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai sementara tertuduh diwakili peguam Luke Ressa Balang.

Pada 10 Jan lepas, Mohammad Lan dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada dua pertuduhan itu.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai, memohon supaya Mohammad Lan dilepaskan tanpa dibebaskan berikutan dia akan didakwa semula terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen di sini.

Sementara itu di mahkamah sama, bekas Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah Abel Ongkunik, 50, mengaku tidak bersalah atas 29 pertuduhan rasuah dilakukannya di beberapa bank di sini antara 2017 hingga 2018, melibatkan jumlah RM1.29 juta.

Mengikut pertuduhan, Abel secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan yang berhubung dengan hal ehwal prinsipal, iaitu meluluskan lesen kerja-kerja bagi tujuan perkhidmatan penundaan kapal kepada beberapa syarikat di negeri itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, membawa denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Hakim Abu Bakar membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 29 April depan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F. Mirchelle Sambatan manakala tertuduh diwakili peguam P.J Perira. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran