web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dipercayai 'Bersekongkol' Dengan Sindiket Dadah, 9 Pegawai Agensi Penguatkuasaan Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 1:29PM

Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang media di Bukit Aman hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan pegawai sebuah agensi penguatkuasaan antara 10 individu ditahan selepas dipercayai 'berkolaborasi' dengan sindiket pengedaran dadah bagi menjual semula barang larangan dirampas itu di pasaran Indonesia.

Sindiket bergerak aktif sejak pertengahan Februari lalu itu, dipercayai menjual semula 50 kilogram dadah disyaki syabu yang dirampas dalam satu operasi dijalankan di Selat Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dadah dirampas itu kemudian cuba diseludup satu sindiket bergerak aktif di Banting, Selangor untuk dipasarkan di Dumai, Indonesia.

Menurut beliau, penahanan sembilan suspek itu susulan daripada tangkapan dilakukan ke atas seorang nelayan di Johor Bahru.

Jelasnya, semua penjawat awam itu berusia antara 33 hingga 49 tahun dan mereka bertugas di sebuah agensi penguatkuasaan di Putrajaya.

“Turut ditahan adalah lelaki dipercayai dalang kepada sindiket terbabit, iaitu seorang suspek berusia 37 tahun.

“Kita percaya penjawat awam ini menjadi watak penting dalam kitaran penyeludupan dadah ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Ayob Khan Mydin Pitchay
Ayob Khan Mydin Pitchay

Ayob Khan berkata, pihaknya percaya tindakan kumpulan itu cuba menyeludup keluar dadah terbabit ke negara jiran berkenaan adalah disebabkan harga pasaran di sana adalah tinggi.

“Nilai pasaran dadah jenis syabu di Indonesia agak mahal, iaitu boleh mencecah RM100,000 bagi setiap kilogram,” katanya.

Menurut beliau, hasil serbuan itu membawa kepada rampasan dadah dipercayai jenis syabu seberat 5.4 kilogram dianggarkan bernilai RM193,590.

“Polis juga mengambil tindakan dengan menyita aset sindiket terbabit yang dianggarkan bernilai RM195,235.78, iaitu membabitkan empat buah kenderaan serta akaun bank,” katanya.

Beliau berkata, saringan awal air kencing dijalankan terhadap suspek mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, namun semua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek kini direman selama 14 hari bermula 7 hingga 20 Mac depan bagi membantu siasatan,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 15 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad