web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1,757 Kes Masuk Hospital, 6 Negeri Guna Katil ICU Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 12:47PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,757 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 721 kes (41 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 1,036 kes lagi (59 peratus) kategori 1 dan 2.

Menurut beliau, enam negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Putrajaya iaitu sebanyak 100 peratus dengan kesemua tiga katil yang dikhaskan sudah digunakan.

“Selain itu Kelantan pula sudah menggunakan 75 peratus daripada keseluruhan 48 katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak 41 daripada 56 katil di Johor juga sudah diisi pesakit COVID-19 manakala di  Kuala Lumpur pula sudah menggunakan 73 peratus katil yang dikhaskan,” katanya hari ini.

Katanya lagi, Selangor dan Perlis pula masing-masing sudah menggunakan 58 dan 55 peratus katil yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 90 peratus iaitu di Selangor dengan 108 peratus, Kuala Lumpur (98 peratus), Putrajaya (92 peratus) dan Terengganu (91 peratus).

“Selain itu, lapan negeri lagi merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Perak 89 peratus, Perlis (88 peratus), Sarawak (81 peratus), Kelantan (76 peratus), Melaka (80 peratus), Johor (61 peratus), Pulau Pinang (60 peratus) dan Pahang (57 peratus).

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 222 namun peratusan penggunaan alat tersebut adalah sebanyak 25 peratus. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad