web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pamer Aksi Bahaya Untuk Lolos, Pemilik 8 Rekod Jenayah Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 6:54PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan orang ramai cuba menahan kenderaan yang melanggar gerai peniaga di Taman Tasik Titiwangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan dua individu untuk meloloskan diri daripada pemeriksaan polis dengan ‘menyajikan’ aksi berbahaya di khalayak ramai dekat Taman Tasik Titiwangsa, akhirnya kecundang apabila ditahan, tengah malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Jalan Tun Razak cuba mendekati sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier yang diparkir dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Habibi Majinji berkata, suspek secara tiba-tiba memandu secara agresif ketika anggotanya cuba mendekati kenderaan tersebut bagi tujuan pemeriksaan.

Menurut beliau, tindakan itu menyebabkan kerosakan pada beberapa buah kenderaan dan gerai peniaga yang berada di sekitar kawasan tersebut.

“Polis kemudiannya terus mengekori kenderaan suspek sejauh hampir dua kilometer sebelum mereka berhenti di  Jalan Ayer Embun berdekatan Masjid Ibnu Sina Titiwangsa.

“Pemandu kenderaan berjaya ditahan manakala penumpangnya telah melarikan diri ketika penahanan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Habibi berkata, pemeriksaan terhadap suspek yang memiliki lapan rekod jenayah lampau itu juga menemui beberapa barang disyaki hasil kegiatan jenayah.

“Seterusnya semakan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kenderaan tersebut telah dilaporkan hilang di Bukit Baru, Melaka,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (Kesalahan Menakutkan Penjawat Awam Semasa Menjalankan Tugas); Seksyen 186 Kanun Keseksaan (Menghalang Penjawat Awam Dari Menjalankan Tugas) dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Gagal Mengemukakan Pengenalan Diri).

“Sehubungan dengan itu, orang awam yang menyaksikan kejadian ini serta pemilik kenderaan dan gerai yang telah dilanggar oleh suspek, dimohon untuk tampil memberikan maklumat berkenaan kes ini dengan menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585.

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP Chew Lai Chang di talian 012-2749097 dan Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Hakeem Abdullah di talian 012-9225687 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kelantan Tahan 4 Lelaki Akibat Main Bunga Api Secara Membahayakan 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Remaja 13 Tahun Yang Cuba Samun Pemandu E-Hailing Didakwa Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Remaja 13 Tahun Cuba Samun Pemandu Grab Diberkas

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 5 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad