web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai APM Ingkar Arahan, Polis Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 1:25PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan seorang pegawai APM berkelahi dengan seorang anggota Polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Ampang membuka kertas siasatan terhadap pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang didakwa mengingkari arahan Komander Operasi Bencana dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, selaku Komander Operasi Bencana ketika kejadian mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan APM memasuki kawasan tersebut setelah membuat penilaian situasi dari segala aspek.

Berdasarkan satu video klip berdurasi 55 saat yang tular di media sosial, pegawai APM tersebut mengingkari arahan diberikan Komander Operasi Bencana malah dia turut masuk ke lokasi bencana tanpa kebenaran.

Mohamad Farouk berkata, arahan dikeluarkan setelah penilaian situasi dibuat dari segala aspek, termasuk keselamatan dan ruang yang sempit serta terhad di lokasi kejadian.

Menurutnya, dalam situasi berkenaan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah pun berada di lokasi dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Tiga kertas siasatan dibuka susulan kejadian itu termasuk penyebaran video berkenaan yang telah menjejaskan reputasi pihak polis, terutamanya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam; Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang kandungan dan menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi dan media sosial tanpa membuat verifikasi terlebih dahulu, kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

“Ia merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad