web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rompak: Suspek Guna Pistol Milik Anggota Polis Yang Dibunuh Pada 2017

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 5:48PM

Arjunaidi Mohamed (kiri) menunjukan pistol jenis Walther P99 yang berjaya dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Suspek yang menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam kes rompakan bank di Puchong Prima, dekat sini semalam dipercayai menggunakan pistol yang dicuri milik seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dibunuh pada 31 Ogos 2017.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pistol jenis Walther P99 itu dipercayai dirampas daripada Lans Koperal Valentino Mesa yang meninggal dunia kerana diserang dan ditembak seseorang di Pondok Polis Komuniti Pinggiran USJ.

“Siasatan awal mendapati pistol yang digunakan dalam rompakan nekad berhampiran bank semalam dicuri daripada anggota kita yang meninggal dunia itu. Dengan penahanan lelaki warga tempatan berumur 38 tahun itu, pistol berkenaan berjaya kita rampas kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media berhubung perkembangan kes rompakan nekad berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, semalam yang menyebabkan seorang pengawal keselamatan ditembak mati dan seorang lagi cedera.

Pada 31 Ogos 2017, media melaporkan Valentino, 29, ditemukan meninggal dunia oleh anggota Unit Peronda MPV yang pulang daripada rondaan pada 3.25 pagi dengan kesan tembakan pada badan di pondok polis tersebut.  

Selain itu, Arjunaidi berkata pihaknya juga turut mengesan enam kes samun bersenjata api di sekitar Selangor yang disyaki dijalankan secara solo oleh suspek dan dipercayai dia turut menggunakan pistol tersebut dalam kesemua kes itu.

Mengulas berhubung kes semalam, Arjunaidi berkata kejadian yang berlaku pada 5.50 petang itu adalah semasa empat pengawal keselamatan sebuah syarikat keselamatan sedang memindahkan wang tunai berjumlah RM1.03 juta daripada bank ke sebuah van.

“Kemudian berlaku pergelutan antara suspek dengan pengawal...suspek telah melepaskan tiga das tembakan yang satu daripadanya telah terkena belakang seorang pengawal keselamatan yang mengakibatkan pengawal itu meninggal dunia. 

“Dua lagi das tembakan pula satu daripadanya telah terkena bahagian rusuk kiri seorang lagi pengawal keselamatan yang kini dirawat di Hospital Serdang.

"Semasa kejadian, suspek berjaya membawa lari wang dianggarkan RM500,000 dan semasa ditahan, kami telah merampas RM350,000 yang ada pada suspek," katanya. 

Terdahulu, suspek kes rompak berhampiran bank di Puchong Prima itu direman selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad