web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil ICU Di 7 Negeri Melebihi 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 1:49PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh negeri dan wilayah merekodkan penggunaan kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil terbabit paling tinggi dicatatkan di Kelantan, iaitu 75 peratus daripada 48 katil dikhaskan.

“Johor mencatatkan 68 peratus daripada 56 katil, Putrajaya (67 peratus daripada enam katil), Kuala Lumpur (58 peratus daripada 26 katil), Selangor (57 peratus daripada 86 katil), Pulau Pinang (51 peratus daripada 49 katil) dan Melaka (50 peratus daripada 32 katil),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi katil bukan ICU, sebanyak 12 negeri dan wilayah melaporkan penggunaan melebihi 50 peratus, termasuk dua negeri mengatasi 100 peratus, iaitu Putrajaya dengan 112 peratus serta Selangor (111 peratus).

“Kuala Lumpur merekodkan penggunaan katil bukan ICU pada kadar 98 peratus, Perlis (93 peratus), Perak (89 peratus), Terengganu (88 peratus), Melaka (80 peratus), Sarawak (77 peratus), Kelantan (73 peratus), Johor (63 peratus) serta Pahang dan Pulau Pinang, masing-masing 58 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, hanya Melaka menjadi negeri yang menunjukkan peratusan pengisian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) melebihi 50 peratus, iaitu pada kadar 54 peratus setakat semalam.

Jelasnya, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 231 pesakit semalam, namun peratusan penggunaannya adalah 26 peratus.

“Setakat semalam, sebanyak 2,135 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan 833 kes atau 39 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

“Manakala sebanyak 1,302 kes atau 61 peratus adalah kategori 1 dan 2,” katanya. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 18 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad