web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: KPKT Salur RM1 Juta Untuk Kerja Pembersihan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 6:56PM

KPKT memperuntukkan RM1 juta kepada MPAJ bagi kerja-kerja pembersihan lokasi insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan RM1 juta kepada Majlis Pembandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi proses membersihkan lokasi insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang di sini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata peruntukan itu akan dimanfaatkan oleh MPAJ sebaik sahaja kawasan berkenaan diklasifikasikan selamat.

Beliau berkata bantuan lain akan diberikan bergantung kepada keperluan penduduk setempat. 

"Kita juga meminta jabatan yang berkaitan supaya melakukan analisis risiko cerun bagi memastikan penduduk setempat berasa selamat berada di kawasan perumahan mereka," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi insiden runtuhan di Taman Bukit Permai 2, Ampang, hari ini. 

Sementara itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang turut meninjau kawasan kejadian berkata ujian cerun perlu dijalankan oleh jabatan berkaitan susulan beberapa insiden membabitkan kawasan cerun berlaku dalam negara kebelakangan ini. 

"Sudah sampai masanya kerajaan Persekutuan membuat kajian mengenai kedudukan bukit dan tanah tinggi terutamanya di kawasan Ampang. Kita tidak mahu peristiwa Highland Tower berulang lagi," kata Noh Omar yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Tenaga Nasional Berhad telah memotong bekalan elektrik ke kawasan bencana itu bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini. 

"Kita harap pihak yang terlibat boleh melakukan kajian susulan mengenai punca insiden ini dan berharap ia tidak berulang lagi," katanya. 

Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang yang berlaku pada petang semalam meragut empat nyawa manakala seorang cedera ringan, selain menyaksikan 15 buah rumah serta 10 kenderaan terjejas. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 18 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad