web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggubahan Wang Haram, 4 Individu Didakwa Lagi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 4:38PM

Dua daripada empat individu Datuk Ab Aziz Abdullah, 44, (tengah) dan Abu Yazid Mohd, 38, (kiri) masing-masing merupakan ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung PLKS. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Empat ahli perniagaan termasuk seorang bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Datuk Ab Aziz Abdullah, 44; Muhammad Semail, 43; Mohd Hariza Mohd Yusof, 34; dan Abu Yazid Mohd, 38; mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Tertuduh pertama, Ab Aziz didakwa atas sembilan pengubahan wang haram berjumlah RM2,683,960 antaranya memiliki empat jam jenama mewah, kondominium dan pangsapuri yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sekitar Taman Ukay Perdana dan Subang Perdana, dekat sini antara 21 Sept 2015 dan 6 April 2021.

Muhammad pula didakwa atas dua pertuduhan menggunakan wang tunai dan cek berjumlah RM854,513.90 sebagai sebahagian bayaran pembelian bagi dua kereta mewah yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di dua pusat penjualan kereta di Sungai Buloh dan Kajang, dekat sini pada pada 5 Nov 2018 dan 22 Jan 2019.

Sementara itu, Mohd Hariza yang menghadapi enam pertuduhan didakwa memiliki  wang tunai, rumah serta jam dan kereta mewah berjumlah RM1,023,900 selain memiliki wang tunai pelbagai matawang asing iaitu Riyal Saudi 1,590; Thailand Baht 18,400; 1,650 Yuan (China) dan US$2,045 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di Taman Ukay Bistari dan Taman Ukay Perdana, Ampang antara 3 Feb 2016 dan 6 April 2021.

Bagi Abu Yazid, tertuduh didakwa atas empat pertuduhan memiliki wang tunai RM44,400, wang tunai Riyal Saudi 7,900 dan dua pangsapuri yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di Taman Ukay Perdana antara 26 Dis 2017 dan 6 April 2021.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5,000,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nik Hasline Hashim memohon mahkamah mengguna pakai jaminan berjumlah RM1.05 juta yang dikenakan ke atas kesemua tertuduh (Ab Aziz RM400,000; Muhammad RM250,000; Hariza RM250,000 dan Abu Yazid RM150,000) semalam.

“Saya juga memohon agar kesemua kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama dengan kes yang dihadapi mereka,” katanya.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Md Yunos Sharif tidak membantah permohonan tersebut. 

Rozilah membenarkan kesemua tertuduh mengguna pakai ikat jamin seperti yang ditetapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selain turut membenarkan kes dipindahkan ke mahkamah berkenaan.

Semalam, kesemua tertuduh termasuk kakak Ab Aziz, Anita Abdullah, 47, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 81 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung sindiket sama. - Bernama

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad