web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Identiti 4 Mangsa Tanah Runtuh Dikenalpasti

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 1:18PM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengeluarkan identiti empat mangsa yang terkorban dan seorang yang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang di sini, semalam. 

Mereka yang maut ialah A. Mahendra, 36; E. Ramasamy, 58; Mohd Saifullah Ridzuan Ishak, 34; dan Chong Siew Kim, 85; manakala yang cedera ialah Cheng Kim Cheng, 85.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata semua mayat dihantar ke Hospital Ampang dan ahli keluarga telah melakukan pengecaman.

”Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Ampang,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad Farouk berkata beliau dimaklumkan masih terdapat kesan rekahan dan pergerakan tanah di kawasan berkenaan dan sehubungan itu polis menasihatkan penduduk setempat akur untuk mengosongkan rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Kami akan melakukan pemantauan 24 jam, disertai oleh 30 anggota polis. Penduduk juga boleh membuat aduan di pondok yang disediakan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata seramai 123 anggota bomba dari Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) menyertai operasi mencari dan menyelamat bermula 5.54 petang semalam hingga 3 pagi ini. 

Beliau berkata tiga daripada empat mangsa ditemukan tertimbus tanah sedalam satu hingga 1.5 meter dan pihaknya menggunakan mesin pengorek untuk mengeluarkan mangsa. 

"Pemeriksaan kami mendapati tiga daripada lima mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi tidak sempat kerana pergerakan tanah dan tertimbus. Terdapat sebuah rumah yang rosak 100 peratus dan beberapa rumah yang berhampiran turut terjejas," katanya. 

Beliau berkata beberapa anggota akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan sekiranya berlakunya kejadian tanah runtuh yang berulang. 

Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang pada 5.54 petang semalam meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera selain merosakkan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad