web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Mayat Semua Mangsa Ditemukan, SAR Ditamatkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 9:15AM

Jengkaut digunakan untuk mencari mangsa terakhir yang tertimbus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai 2 Ampang sejak semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang dekat sini petang semalam meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas. 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelima-lima mangsa yang dilaporkan tertimbus itu bermula kira-kira sembilan jam lepas dengan sebuah jentera berserta sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikerah ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang.

Mangsa pertama iaitu seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun berjaya dikeluarkan pada 6.54 petang dan hanya mengalami cedera ringan namun isterinya iaitu mangsa kedua yang ditemukan pada 7.53 malam, meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa keluar pada 9.15 malam.

Kira-kira sejam setengah kemudian, mayat mangsa ketiga iaitu seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai pemilik rumah dibawa keluar pada 10.58 malam.

Operasi SAR ditamatkan pada kira-kira 2 pagi apabila Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak mengesahkan penemuan mayat mangsa keempat dan kelima, kedua-duanya lelaki warga tempatan termasuk seorang pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), masing-masing pada 12.46 tengah malam dan 1.59 pagi.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya akan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) di tapak runtuhan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.

Identiti kesemua mangsa yang dibawa ke Hospital Ampang belum dikenal pasti.

Sebuah pusat pemindahan sementara turut dibuka di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Mega Jaya namun tinjauan Bernama mendapati belum ada mangsa yang berpindah ke situ setakat 3 pagi.

Terdahulu, penghuni di kawasan perumahan itu digemparkan dengan bunyi dentuman kuat berpunca daripada runtuhan tanah yang berlaku sebanyak dua kali ketika hujan lebat petang semalam malah detik-detik kejadian tersebut turut direkodkan oleh orang awam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini meramalkan Kuala Lumpur mengalami hujan berterusan di beberapa kawasan hingga 14 Mac.

Kejadian tanah runtuh itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan berita sedih tersebut menerusi hantaran ringkas di laman Facebooknya dan meminta orang ramai mendoakan agar semua mangsa dapat diselamatkan. 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapan di Twitter beliau pula memaklumkan MPAJ turut membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan operasi SAR. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran