web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia-Indonesia Meterai MoU Pekerja Asing 17 Mac Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 8:20PM

M.Saravanan (tiga dari kiri) ketika melakukan lawatan selepas merasmikan Hari Terbuka dan Siri Forum Nasional HRD Corp hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEBERANG JAYA - Malaysia dan Indonesia akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) pada 17 Mac ini, untuk pengambilan pekerja asing dari Indonesia.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata MoU itu akan ditandatangani kedua-dua pihak, bagi membenarkan kemasukan pekerja domestik dari Indonesia ke negara.

Menurutnya, isu yang berkaitan gaji minimum, skop pekerjaan serta penggunaan sistem yang sah telah selesai dibincangkan.

“Kita telah mencapai persetujuan dalam beberapa isu dan akhirnya MoU untuk pekerja domestik ini akan lakukan di Bali, Indonesia 17 Mac,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Saravanan merasmikan Forum Pelan Tindakan Nasional Berhubung Buruh Kasar dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), yang turut dihadiri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Pada 6 Februari lepas, media melaporkan rundingan pengambilan dan kemasukan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017, masih gagal diselesaikan dalam tempoh terdekat dengan MoU yang dijadual dimeterai kedua-dua negara pada 8 Feb ditangguhkan.

Saravanan berkata pihaknya juga telah menerima 200,000 pemohonan untuk pengambilan pekerja dari negara Bangladesh.

“Kami telah menerima pemohonan untuk pengambilan pekerja dari Bangladesh dan kini sedang dalam proses penapisan,” katanya.

Sementara itu, Saravanan berkata memandangkan buruh paksa terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia, pihaknya bertekad untuk menangani isu itu dengan segera dan menjadikannya sebagai komitmen peribadi.

“Ini termasuk meratifikasi Protokol 2014 kepada Konvensyen Buruh Paksa ILO, 1930, dan mematuhi 11 petunjuk yang digariskan oleh ILO dalam konvensyen itu, termasuk menyediakan pekerja dengan persekitaran hidup yang kondusif.

“Untuk itu, Kementerian juga mewajibkan majikan yang ingin menggajikan pekerja asing mematuhi sepenuhnya Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446),” katanya.

Sementara itu mengenai isu pengambilan pekerja di restoran nasi kandar, Saravanan berkata kuota pekerja asing di kedai-kedai nasi kandar akan kekal sama, walaupun ada dalam kalangan kedai akan dibenarkan beroperasi 24 jam.

“Saya ingin menyeru pengusaha nasi kandar ini untuk mempertingkatan pengambilan pekerja tempatan, kerana kuota pengambilan pekerja asing akan kekal sama dan tidak ditambah,” katanya.

Beliau turut menyeru pengusaha restoran nasi kandar ini meningkatkan tahap kebersihan tandas mereka dalam usaha menjaga kesihatan masyarakat. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad