web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Baharu COVID-19 Kembali Meningkat, Catat 30,246

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 1:07PM

Sebanyak 30,246 kes COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini adalah 3,711,199 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu COVID-19 kembali meningkat semalam dengan 30,246 kes dilaporkan, selepas beberapa hari merekodkan penurunan.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini adalah 3,711,199 kes sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 418 kes membabitkan kes import dengan 92.8 peratus adalah warganegara.

“Daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 9,797 kes diklasifikasikan sebagai kategori 1, manakala 20,226 kes (kategori 2), 115 kes (kategori 3) dan masing-masing 54 kes (kategori 4 dan kategori 5).

“Terdapat sebanyak 388 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 158 daripadanya disahkan disebabkan COVID-19, manakala selebihnya masih dalam siasatan.

“Selain itu, terdapat 225 kes memerlukan bantuan alat pernafasan dengan 93 daripadanya disahkan akibat COVID-19, manakala selebihnya juga masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 233 kes dikategorikan pada tahap tiga, empat dan lima, 58 masih belum divaksinasi atau belum melengkapkan dos vaksin masing-masing.

“Bagaimanapun, 107 kes sudah lengkap menerima dua dos vaksin, namun belum melengkapkan dos penggalak dan sebanyak 58 kes adalah kes sudah melengkapkan pengambilan dos penggalak,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 18 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad