web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Lantik Peguam Tepis Tuntutan Waris Sultan Sulu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 12:34PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia sudah melantik peguam di Sepanyol dan Perancis untuk mewakili kerajaan bagi menangani segala tuntutan dibuat waris Sultan Sulu terhadap negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pelantikan dibuat melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar itu juga bagi ‘melawan’ keputusan yang meminta Malaysia membayar pampasan sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris terbabit seperti ditetapkan Mahkamah Arbitrasi, Paris, Perancis.

Menurutnya, Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara dikatakan itu kerana kerajaan sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat, tambahan identiti penuntut (waris) diragui serta belum disahkan.

“Namun, ingin ditekankan sekali lagi bahawa kerajaan tidak berdiam diri, tetapi sudah mengambil tindakan sewajarnya seperti saya nyatakan untuk memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli melalui tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol dan di Paris, Perancis.

“Kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan Final Award tidak sah tersebut di bawah New York Convention (Konvensyen New York), sekiranya dilaksanakan penuntut pada bila-bila masa dan di mana juga bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Papar dari Parti Warisan Sabah (WARISAN), Ahmad Hassan hari ini.

Ahmad mengemukakan soalan itu bagi mengetahui perkembangan atau langkah kerajaan berhubung arahan pembayaran pampasan terbabit seperti diputuskan mahkamah berkenaan.

Soalan itu turut merangkumi sama ada kerajaan melalui Pejabat Peguam Negara sudah menghantar wakil atau melantik peguam bagi membantah arahan terbabit.

Wan Junaidi berkata, sikap kerajaan yang tidak berdiam diri walaupun tidak mengiktiraf tuntutan itu juga dapat dilihat apabila sudah melaksanakan beberapa tindakan perundangan sewajarnya.

Katanya, ia adalah memfailkan kes tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Sabah yang mana penuntut tidak hadir ke prosiding tersebut.

“Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 dan Mahkamah memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara dibangkitkan.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah tersebut dibawa ke Mahkamah Madrid, Sepanyol untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol.

“Susulan itu, Partial Award on Jurisdiction dikeluarkan oleh Penimbang Tara pada 25 Mei 2020 sudah diketepikan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pada 29 Jun 2021, atas permohonan kerajaan, Mahkamah Madrid membatalkan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dan kesemua tindakan dan keputusan dibuat beliau adalah terbatal.

Isu tuntutan itu tercetus selepas Sultan Mohamed Jamal Al Alam (Sultan Sulu) memeterai dua perjanjian dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent dari syarikat British Utara Borneo pada 22 Januari 1878, bertujuan menjaga kepentingan mereka di Sabah.

Bagaimanapun, susulan pencerobohan dan serangan Tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari 2013 yang mengorbankan seramai 10 orang wira negara, kerajaan menghentikan serahan wang ihsan kepada waris Kesultanan Sulu.

Lanjutan daripada tindakan Malaysia itu, Firma Guaman mewakili warga Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu memohon rundingan semula bayaran wang ihsan di bawah Perjanjian 1878 dan memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid, Sepanyol (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018.

Mahkamah Madrid, Sepanyol memutuskan melantik penimbang tara dan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

Pada 30 Julai 2019 satu Notis Timbang Tara diserah kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion (RM133.95 bilion). – Getaran, 10 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad