web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dua Jurugambar Akhbar Selamatkan Wanita Cuba Terjun Laut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 8:35PM

Masry Che Ani memujuk seorang wanita yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang, hari ini. - Gambar Ahmad Zhafaran Nasib

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Tindakan pantas dan keprihatinan dua jurugambar akhbar berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita yang cuba terjun ke laut di hentian kecemasan di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, kedua-kedua jurugambar terbabit yang sedang menunggang motosikal dari arah Butterworth ke pusat bandar, Pulau Pinang terserempak dengan seorang wanita sedang berdiri di atas tembok jambatan.

Susulan itu, jurugambar The Sun, Masry Che Ani, 48, dan The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, mengambil keputusan untuk berhenti serta memujuk wanita berumur 30-an terbabit.

Masry berkata, wanita itu bagaimanapun tiba-tiba bergerak dan ingin terjun, sebelum mereka kemudian bertindak pantas menariknya ke bawah.

“Selepas itu, wanita terbabit menangis teresak-esak. Kami kemudiannya cuba memujuk beliau dan menghubungi polis peronda dan pihak Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (PLUS) untuk bantuan,” katanya kepada Getaran.

Ahmad Zhafaran cuba menenangkan seorang wanita yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang, hari ini. - Gambar Masry Che Ani
Ahmad Zhafaran cuba menenangkan seorang wanita yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang, hari ini. - Gambar Masry Che Ani

Sementara itu, Zhafaran berkata, mereka mengambil masa selama 45 minit untuk menenangkan wanita terbabit, sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa.

Katanya, wanita itu dipercayai mempunyai masalah kesihatan dan kemelut keluarga, sehingga menyebabkan dia mahu mengambil tindakan berkenaan.

“Kami berusaha untuk bantu wanita itu. Ketika ini, polis peronda membawa wanita itu ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

“Kami berharap beliau selamat dan berada dalam keadaan baik. Semoga ini menjadi pengajaran untuk kita semua,” katanya. – Getaran, 9 Mac 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad