web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fasa Peralihan Endemik COVID-19, KKM Tetap Pantau Kewujudan Varian Baharu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 4:13PM

Khairy (kanan) dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Parlimen, hari ini. - Gambar KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun Malaysia bakal memasuki Fasa Peralihan Endemik COVID-19 bulan depan, Kementerian Kesihatan (KKM) terus memantau tahap jangkitan virus itu, termasuk sekiranya wujud varian baharu lebih berbahaya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, jika terdapat ancaman lebih membimbangkan daripada varian Omicron, pihaknya akan bertindak segera dengan menasihati kerajaan, termasuk Jemaah Menteri untuk menilai semula prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan dan keadaan semasa.

“Dengan data pemerhatian yang kita ada ketika ini, kita yakin bahawa peralihan ini adalah sehala.

“Tetapi sebagai KKM, kita tidak boleh tolak kemungkinan berlaku varian baharu ataupun perubahan dari segi sifat epidemiologi virus ini.

“Sebagaimana contohnya, kita sudah capai tahap di mana sistem kesihatan kita lumpuh, kita akan syorkan kepada kerajaan langkah tertentu,” katanya pada sidang media khas KKM di Parlimen hari ini. 

Khairy berkata, dalam keadaan sekarang, pihaknya melihat bahawa transisi peralihan fasa pandemik ke endemik boleh diteruskan.

“Bagi memastikan fasa endemik ini diteruskan, KKM akan membuat pemantauan rapi bagi menjamin keselamatan rakyat.

“Ini kerana peralihan fasa endemik ini penting untuk memastikan kehidupan kembali normal,” katanya. 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April ini untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. - Getaran, 9 Mac 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad