web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjarakan Fizikal Masjid, Surau, Rumah Ibadat Tamat 1 April

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 8:42PM

Mulai 1 April ini, solat jemaah di masjid dan surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dibenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu turut terpakai di rumah ibadat bukan Islam.

Katanya, ia susulan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik COVID-19 bulan depan.

“Isu ini adalah isu besar yang sering diperkatakan rakyat, terutama membabitkan saf (penjarakan) ketika solat jemaah.

“Jadi imam selepas ini boleh mengatakan rapatkan saf kerana kita tidak lagi menetapkan perlu ada satu meter penjarakan sosial,” katanya pada sidang media di Parlimen yang turut disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

Ismail Sabri memaklumkan, walaupun kerajaan menetapkan tiada penjarakan fizikal, pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Manakala, rumah ibadat bukan Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Kalau kerajaan negeri ingin menetapkan, Majlis Agama Negeri tetapkan perlu ada penjarakan fizikal, kita serahkan kepada kerajaan negeri kerana mereka ada hak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.

Menurut Ismail Sabri berkata, had kapasiti pekerja di premis yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan bermula tarikh sama.

Ujarnya, perkara sama turut diguna pakai untuk aktiviti keramaian dan sosial, termasuk kenduri kahwin.

Beliau berkata, semua individu juga dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.

“Jadi tidak timbul ada dos penggalak atau tiada, begitu juga dengan pekerja yang sebelum ini dihadkan kepada jumlah. 

“Sekarang tiada had dan tidak lagi perlu bergantung kepada vaksin,” katanya.  

Jelasnya, bagi had kapasiti 50 peratus yang ditetapkan untuk aktiviti membabitkan perkumpulan ramai turut dimansuhkan.

“Dengan peralihan ke fasa endemik ini, had tersebut dimansuhkan secara menyeluruh, bermakna tiada lagi had 50 peratus, tetapi penjarakan fizikal perlu dijaga,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 21 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan