web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohd Asghar Khan, Dilantik Panglima TUDM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 3:13PM

Mohd Asghar Khan Goriman Khan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG - Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dilantik sebagai Panglima TUDM yang ke-20 berkuat kuasa hari ini. 

Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad yang bersara wajib pada September ini. 

Upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Mohd Asghar Khan dipakaikan sendiri oleh Ackbal dengan disaksikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Pangkalan Udara Subang, di sini.

Mohd Asghar Khan berkata pengalamannya sebagai Timbalan Panglima TUDM selama dua tahun di bawah pimpinan Ackbal akan digunakan bagi meneruskan usaha memantapkan pasukan udara itu. 

"Kami melalui cabaran dalam situasi negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 dan usaha tersebut ini akan diteruskan bagi menerajui pasukan.

"Terima kasih atas kepercayaan kepada saya untuk menerajui TUDM," katanya pada sidang media selepas majlis perbarisan persaraan Panglima Tentera Udara ke-19 dan serah tugas di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.

Mohd Asghar Khan, 57, anak kelahiran Selangor menyertai ATM pada 1983 sebagai pegawai kadet di Maktab Tentera Diraja sebelum memulakan kerjaya sebagai juruterbang pesawat pejuang TUDM pada 1985.

Beliau telah menerbangkan pesawat pejuang A4 Skyhawk, F-5E, MiG-29N dan Sukhoi 30MKM serta diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting dalam TUDM dan ATM sebagai jurulatih, staf dan pemerintah.

Sementara itu, jawatan Timbalan Panglima TUDM akan disandang oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohammad Salleh Osman. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad