web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laluan Darat Malaysia-Singapura Akan Dibuka Serentak Dengan Pembukaan Sempadan Negara - Nancy

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 1:27PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Laluan darat Malaysia ke Singapura melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan tarikh pembukaan sempadan negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy berkata ia membolehkan rakyat dari republik berkenaan melancong ke negara ini sekali gus merancakkan kembali sektor pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, beliau berkata pengumuman mengenai perkara itu akan dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat.

“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersiap sedia dan sentiasa bersedia (menerima pelancong dari luar negara). Semua kita akan buka sekali,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama penggiat industri di sini hari ini.

Laluan sempadan darat sangat sinonim dengan Johor dan Singapura kerana pelancong dari republik itu lebih memilih melalui jalan darat kerana sudah terbiasa selain jarak yang dekat dan mudah.

Sabtu lepas, Perdana Menteri dilaporkan mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.

Sebelum ini, pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua dibuka serentak dengan VTL udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 November tahun lepas.

Perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan Johor Bahru.

Mengulas mengenai perjumpaan hari ini, Nancy berkata program berkenaan merupakan inisiatif kementerian dalam mendekatkan diri dengan penggiat industri pelancongan, seni dan budaya di Johor.

Pada majlis tersebut, beliau turut melancarkan Kempen Jom Balik Kampung Homestay Malaysia anjuran Tourism Malaysia, selaras dengan pelancaran portal jomhomestay.com yang telah disempurnakan pada 27 November tahun lepas.

Katanya kempen itu bertujuan memperluaskan promosi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memilih inap desa sebagai destinasi pelancongan serta penginapan alternatif selain hotel.

Kempen itu juga katanya dapat membantu pengusaha inap desa termasuk golongan belia dalam menghasilkan pakej-pakej menarik serta mengetengahkan produk-produk tempatan sekali gus meningkatkan pendapatan para pengusaha inap desa yang terjejas akibat pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

3

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad