web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Ceroboh Perairan Negara, Lewat Bantuan Banjir Dijangka Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 8:26AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu pencerobohan perairan negara khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif dan kelewatan mengeluarkan arahan bagi menyelamatkan mangsa banjir, dijangka menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan mengenai isu berkenaan akan dibangkitkan semasa Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Persoalan mengenai langkah yang diambil Malaysia bersama ASEAN untuk menangani isu China yang dikatakan sering menceroboh perairan negara terutama di Zon Ekonomi Eksklusif, dikemukakan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) kepada Menteri Luar Negeri.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pula dijangka bertanyakan Perdana Menteri Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang didakwa lewat mengeluarkan arahan sehingga pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa turun tanpa arahan bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Pada sesi sama, Tan Kok Wai (PH-Cheras) turut dijangka bertanyakan Perdana Menteri mengenai kemiskinan di dalam dan luar bandar serta jurang pendapatan dalam negara seterusnya pencapaian serta kegagalan program yang dirangka dan dilaksana untuk mewujudkan masyarakat lebih saksama.

Selain itu, Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan status terkini mengenai Fasa 2 Projek Pan Borneo Sarawak susulan pengumuman Perdana Menteri untuk meneruskan projek berkenaan semasa melawat ke Serian, selepas projek itu dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) pula meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan perkembangan terkini Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) yang disasar untuk menjadikan negara sebagai antara hab pengeluar vaksin.

Selesai sesi tersebut, persidangan Dewan Rakyat akan bersambung semula dengan sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Sidang Dewan Rakyat hari ini juga dijangka menyaksikan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 selepas dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Disember tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar