web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kapal Kargo Bawa 70,000 Liter Diesel Hala Ke Filipina Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 7:26PM

Lima anak kapal kargo ditahan bagi membantu siasatan. - Gambar ihsan ATB 2

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Lima lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup 70,000 liter minyak diesel menggunakan sebuah kapal kargo berhampiran Pulau Boheyan, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.10 petang itu, kapal kargo terbabit dikesan dari arah Semporna menuju ke sempadan perairan antarabangsa berhampiran Filipina.

Menurut sumber, Angkatan Tugas Bersama 2 yang bertindak atas maklumat melancarkan operasi dan memintas kapal tersebut di sempadan perairan, 20 minit kemudian.

Hasil pemeriksaan, ATB 2 menemui minyak diesel sebanyak 70,000 liter, dianggarkan bernilai RM150,500 yang disimpan dalam tangki kapal kargo tersebut.

Difahamkan, anak kapal juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran memiliki barangan bersubsidi daripada pihak berkuasa.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Abdul Karim Ahmad mengesahkan tangkapan berkenaan menerusi kenyataan media, hari ini.

“Sehubungan itu, ATB 2 menahan semua anak kapal berusia 31 hingga 54 tahun dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk tindakan lanjut.

“Turut dirampas kapal kargo berkenaan dan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM650,500,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Operasi Khas Banteras Penyeludupan: 14 Lelaki Ditahan, Babit Rampasan Lebih RM35 Juta

2

Semasa 3 tahun yang lalu

8,000 Liter Diesel Disyaki Cuba Diseleweng Disita Di Pokok Sena

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PGA Rampas 19,400 Liter Minyak Bersubsidi, 2 Lelaki Ditahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

13 Lelaki Ditahan Seludup Minyak Diesel Di Kota Tinggi

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad