web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penuntut Universiti Dakwa Kerugian RM42,500 Beli Mata Wang Permainan Video

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 12:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Gara-gara terlalu teruja bermain permainan video, seorang penuntut universiti awam di sini mendakwa kerugian RM42,500, bagi membeli mata wang permainan video yang diiklankan di laman sosial Instagram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 22 tahun itu, telah menghubungi pemilik akaun Instagram berkenaan pada Jumaat lepas (4 Mac) selepas tertarik dengan harga mata wang itu yang ditawarkan lebih rendah berbanding ‘kedai’ permainan video dalam talian lain.

“Mangsa mendakwa harga yang ditawarkan di laman sosial itu hanya RM600 bagi 38,400 mata wang, menyebabkan dia terus membuat pemindahan wang secara dalam talian pada petang hari yang sama ke akaun diberikan suspek.

“Bagaimanapun, suspek dikatakan telah menghubungi pemuda itu untuk meminta lebih banyak wang atas pelbagai alasan termasuk bagi penukaran mata wang tersebut, sebelum ia boleh dikreditkan ke akaun permainan video mangsa,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata pemuda itu mendakwa telah menggunakan wang simpanan sendiri berjumlah RM1,705, namun masih diminta untuk membuat bayaran bagi mendapatkan akses kepada mata wang itu, menyebabkan dia menggunakan wang simpanan ibunya.

Beliau berkata ibu mangsa yang merupakan pesara kerajaan, dikatakan pernah memberi kata laluan bagi transaksi perbankan dalam talian miliknya kepada anaknya itu untuk urusan transaksi peribadi sebelum ini.

“Pemuda itu hanya menyedari dirinya ditipu dalam penjualan mata wang permainan video itu setelah membuat 10 pemindahan wang secara dalam talian ke tiga akaun berbeza selama dua hari bermula Jumaat lepas,” katanya.

Sehubungan itu, menurutnya mangsa membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini, semalam dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 19 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad