web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar Sekolah Menengah PdPR Dua Minggu, Perlu Hadir Secara Bersemuka 4 April

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 1:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pelajar sekolah menengah kecuali sekolah berasrama penuh perlu hadir ke sekolah secara bersemuka bermula 4 April depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin bagaimanapun berkata, kumpulan pelajar terbabit akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu.

Katanya, selepas PdPR selama dua minggu, semua pelajar sekolah menengah akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

“Ketetapan ini juga termasuk kepada pelajar berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

“Pelajar kelas peralihan, tingkatan satu hingga enam, pra universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang setara turut hadir secara bersemuka tanpa penggiliran,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.

Menurut beliau, bagi pelajar tingkatan satu yang berjaya memasuki sekolah berasrama sepenuhnya, mereka boleh memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan sekolah berasrama diumumkan.

Katanya, sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan keseluruhan pelajar juga boleh beroperasi, termasuk murid baharu tingkatan satu.

“Bagi kolej vokasional, sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran mengikut takwim pengajian akademik masing-masing termasuklah untuk sijil vokasional Malaysia dan diploma vokasional Malaysia.

“Bagi kolej matrikulasi pula, semua pelajar akan hadir tanpa penggiliran. Bagi sistem empat semester yang akan hadir adalah pelajar semester dua dan empat, manakala bagi sistem dua semester yang akan hadir ialah pelajar semester dua,” katanya.

Mohd Radzi berkata, semua program pengajian bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) akan memulakan kuliah secara bersemuka tanpa penggiliran.

“Bagi sekolah rendah yang mempunyai murid melebihi 600 orang, murid yang akan hadir tanpa penggiliran melibatkan MBK di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

“Ia turut membabitkan murid prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 serta semua murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT),” katanya.

Bagi murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula jelas Mohd Radzi, mereka akan hadir ke sekolah secara penggiliran.

“Ketetapan ini juga terpakai kepada sekolah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata,  sekiranya ibu bapa atau penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran itu tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

Namun katanya, ketidakhadiran murid perlu dimaklumkan kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod. - Getaran, 5 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar