web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rugi RM23,000 ‘Beli’ MPV Di Facebook

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 10:08AM

Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Selepas empat bulan menunggu, impian seorang peniaga kedai makan untuk memiliki kereta pelbagai guna (MPV) mewah yang dijual melalui laman sosial Facebook (FB) tidak kesampaian apabila dia mendakwa menjadi mangsa penipuan.

Wanita berusia 41 tahun itu mendakwa melihat iklan mengenai penjualan kenderaan jenis Toyota Velfire ketika berada di kediamannya di bandar Temerloh pada November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menghubungi nombor telefon dipaparkan pada laman FB terbabit bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan berkenaan.

“Dia memberitahu urusan jual beli itu dikendalikan seorang wanita bernama ‘Stacy’ dan suspek memaklumkan harga bagi kenderaan jenis Toyota Velfire tersebut adalah RM80,000.

“Suspek seterusnya meminta mangsa memberikan nombor kad pengenalan dan membayar RM15,000 sebagai wang pendahuluan,” katanya di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa melakukan tiga kali pindahan ke nombor akaun diberikan suspek pada 22 November tahun lalu berjumlah RM15,000.

“Sehari selepas itu, mangsa sekali lagi melakukan pindahan wang sebanyak RM8,000 ke akaun diberikan suspek dan menghubungi ‘Stacy’ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan dibelinya itu.

“Bagaimanapun, suspek memberikan pelbagai alasan setiap kali mangsa ingin mengetahui perkembangan urusan jual beli MPV terbabit,” katanya.

Mangsa yang mengesyaki sudah menjadi mangsa penipuan, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Mohd Wazir meminta orang ramai lebih berhati-hati, termasuk melakukan semakan dengan pihak berkuasa sebelum terbabit dalam urusan jual beli kenderaan yang ditawarkan pada harga mencurigakan.

“Kes seperti ini berlaku kerana tawaran harga bagi kenderaan mewah diiklankan kumpulan penipu ini sangat menarik, hingga akhirnya memperdayakan orang ramai,” katanya. - Getaran, 5 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad