web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Lakukan Ujian Tambahan Berhubung Kematian Remaja Dikaitkan Vaksin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 8:12PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang membuat beberapa ujian tambahan terhadap sampel tisu dalaman dari mayat seorang remaja berusia 13 tahun yang meninggal dunia, Januari lalu.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, cadangan tersebut termasuk berkemungkinan menghantar ujian tersebut ke luar negara untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, ia bagi menentukan punca sebenar kematian mengejut remaja berkenaan.

“KKM akan membentangkan hasil dapatan bedah siasat dan semua keputusan ujian dijalankan setakat ini, termasuk pemeriksaan histologi serta dibincangkan dalam kalangan pakar forensik pada satu sesi ‘peer-review’ pada 7 Mac ini untuk pengesahan.

“Laporan bedah siasat dan semua keputusan ujian yang dijalankan seterusnya akan turut diserahkan kepada ibu bapa mendiang selepas selesai sesi ‘peer-review’ itu,” katanya menerusi kenyataan. 

Khairy memaklumkan, beliau bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pakar Forensik Hospital Serdang, Dr Emizam Mohamadon, sudah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa remaja lelaki itu yang meninggal dunia secara mengejut dalam komuniti pada 16 Januari lalu.

Menurutnya, dalam perjumpaan selama 30 minit di KKM itu, beliau, Dr Noor Hisham dan Dr Emizam memberikan penerangan kepada ibu bapa mendiang berhubung perkembangan terkini siasatan ke atas punca kematian mangsa, selain perancangan serta komitmen pihak kementerian berkenaan untuk mengenal pasti sebabnya.

Pada masa sama, Khairy berkata, pihaknya komited untuk memastikan perkara itu dapat diselesaikan dengan segera. 

“Semua perkara itu dimaklumkan kepada ibu bapa mendiang dan mereka memahami penerangan diberikan serta bersetuju dengan langkah akan diambil KKM bagi mengenal pasti punca kematian remaja itu,” katanya.

Selaku warga KKM, Khairy berkata, pihaknya turut menzahirkan simpati dan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergiannya.

“Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan saya ingin memohon masyarakat untuk menghormati privasi serta perasaan keluarga mendiang.

“Saya juga memohon orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai kes kematian remaja terbabit,” katanya - Getaran, 4 Mac 2022.

Terdahulu, media melaporkan ibu bapa kepada remaja itu menggesa pihak berkaitan untuk memberi penjelasan berhubung kematian mangsa selepas beberapa minggu mengambil vaksin COVID-19.

Pasangan itu memaklumkan, mereka terkejut apabila punca kematian anak lelaki tunggal mereka belum diketahui walaupun bedah siasat sudah dijalankan. – Getaran, 4 Mac 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad