web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saifuddin Enggan Komen Punca Ahmad Idham, Eizlan Ditamatkan Perkhidmatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 12:11PM

Ahmad Idham Ahmad Nazri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mendedahkan punca pihaknya menamatkan perkhidmatan dua pelakon, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof dalam kementeriannya.

Saifuddin bagaimanapun berkata, ia adalah perkara biasa di mana penamatan kerja berlaku kepada mana-mana individu berstatus kontrak.

“Saya tak boleh nak sebut. Biasanya dalam kontrak ini lazim berlaku dalam mana-mana kontrak. Kalau kita rasa perlu tamatkan, kita perlu tamatkan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan ceramah kelompok di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Saifuddin Abdullah menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan Utama PN, DUN Simpang Jeram, Muar, Johor malam tadi.
Saifuddin Abdullah menyampaikan ceramah di Bilik Gerakan Utama PN, DUN Simpang Jeram, Muar, Johor malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan khidmat Ahmad Idham dan Eizlan, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan serta Perunding Kreatif Kementerian Luar, ditamatkan selepas empat bulan dilantik.

Kedua-dua pelakon tersebut dilantik memegang jawatan itu pada 1 November tahun lalu yang diumumkan Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota. 

Sebelum pelantikan berkenaan, Ahmad Idham adalah ketua pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 

Sumber rapat dengan kementerian itu menegaskan, kedua-dua selebriti terbabit berharap mereka mendapat peruntukan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang di bawah tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurutnya, mereka mempunyai aspirasi politik tinggi dan berharap mendapat sokongan daripada menteri berkenaan yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang.

Namun, jelasnya, mereka tidak dialu-alukan ahli parti kerana tiada kelebihan dalam politik dan tidak mempunyai akar umbi.

Tambahnya, jumlah peminat dan populariti dimiliki kedua-dua individu terbabit tidak cukup kuat sebagai alasan untuk melayakkan mereka bertanding kerana terdapat lebih ramai calon layak.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan bahawa Ahmad Idham dan Eizlan mungkin ditawarkan bertanding di bawah tiket parti lain. - Getaran, 4 Mac 2022.
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi