web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangkitan Baharu COVID-19 Kembali Melonjak, Catat 32,467 Kes Semalam 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 11:56AM

Sebanyak 32,467 kes baharu dilaporkan semalam dengan 413 adalah kes import. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu COVID-19 di negara ini kembali melonjak apabila 32,467 kes baharu dilaporkan semalam. 

Angka tersebut antara tertinggi pernah direkodkan selepas kali terakhir adalah pada 24 Februari lalu, iaitu sebanyak 32,070 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 3,528,557 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 32,054 kes tempatan dengan 413 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 21,408 atau bersamaan 65.94 peratus. Sebanyak 10,828 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 100 kes iaitu 0.31 peratus berada dalam kategori 3, kategori 4 (63) serta kategori 5 (68),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 231 kes COVID-19 bagi kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, 60 kes iaitu 25.98 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya, daripada jumlah itu, 115 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 56 kes membabitkan individu sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 127 kes berumur 60 tahun ke atas, 74 kes mempunyai komorbiditi, manakala satu kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan 11 kluster baharu di negara ini.

Jelasnya, angka baharu itu menyaksikan 466 kluster masih aktif direkodkan di negara ini hingga kini

Perkembangan itu secara keseluruhan, katanya, menjadikan sebanyak 6,809 kluster sudah dikesan sejak pandemik berkenaan melanda negara.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, bagi 335 kes pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setakat ini, 146 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19 dengan 210 kes lagi disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

“Sebanyak 208 kes membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 27,629 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,197,298 kes. - Getaran, 4 Mac 2022
 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad