Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cuba Rasuah Polis, Lelaki Bawa 47 Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 8:19AM

Seorang lelaki tempatan dan 47 warga asing ditahan oleh pasukan PGA ketika cuba melepaskan diri di RPC Kalabakan, semalam. - Gambar ihsan PGA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN - Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didakwa cuba menyogok pihak bertugas bagi melepaskan 47 warga asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di Pusat Pemeriksaan Daratan (RPC) Kalabakan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek, 52, dikatakan cuba menyogok anggota polis dengan wang tunai berjumlah RM1,650 sebagai dorongan melepaskan warga asing tersebut.

Kumpulan warga asing berkenaan bersama enam warga tempatan berusia antara empat hingga 80 tahun dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Penyu menuju ke Tawau.

Mereka yang menaiki lima kenderaan iaitu tiga pacuan empat roda (4WD) dan dua van ditahan polis dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di RPC Kalabakan.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Rani Alias berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit dinaiki 47 warga asing, dengan 26 daripadanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Siasatan awal mendapati kumpulan itu ke Tawau selepas kontrak kerja ladang getah di Kuala Penyu tamat.

"Bagaimanapun, seorang lelaki tempatan yang berada dalam kumpulan terbabit  cuba 'berunding' dengan menyogok petugas keselamatan untuk melepaskan kumpulan tersebut," katanya.

Menurut Abdul Rani, amaran telah diberikan, namun lelaki berkenaan tetap berkeras mahu menyogok agar dilepaskan.

"Sehubungan itu, suspek dan semua warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana kesalahan penyeludupan migran.

“Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 5 (2) dan Seksyen 6(1) (c) akta yang sama," katanya.

Polis turut merampas semua barangan termasuk kenderaan yang dianggarkan bernilai RM487,650. - Getaran, 4 Mac 2022

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Sukan 1 hari yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok