web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MPOGCF Taja 290 Papan Tanda RM400,000 Demi Lindungi Hidupan Liar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 8:10PM

Sebanyak 290 papan tanda 'Hidupan Liar Melintas' bernilai hampir RM400,000 telah ditaja oleh MPOGCF di 145 lokasi terpilih.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bagi menyokong inisiatif dan program pemeliharaan kehijauan bumi dan melindungi hidupan liar, Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) tampil menaja 290 papan tanda 'Hidupan Liar Melintas' bernilai hampir RM400,000.

Pengurus Komunikasi Korporat MPOGCF, Tuan Nazuri Tuan Ismail berkata, pihaknya bercadang memasang papan tanda tersebut di 145 lokasi terpilih 

Katanya, kemalangan jalan raya atau ‘roadkill’ adalah antara ancaman utama kepupusan hidupan liar di negara ini dengan 2,525 kes itu direkodkan dari 2015 hingga 2020.

“Papan tanda ini akan dipasang pertengahan bulan ini di 145 lokasi terpilih yang dikenal pasti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung sebagai kawasan panas ‘roadkill’. 

“MPOGCF berharap usaha ini dapat melindungi hidupan liar dan manusia daripada risiko kemalangan jalan raya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tuan Nazuri berkata, pemasangan papan tanda itu adalah projek terbaharu hasil kerjasama strategik MPOGCF dan PERHILITAN, selain Program Konservasi Harimau Malaya (2021-2025) serta beberapa program yang masih dalam perancangan awal.

“Sokongan MPOGCF terhadap usaha melindungi dan memelihara hidupan liar adalah bukti kelestarian industri sawit Malaysia yang bertapak di negara ini sejak lebih 100 tahun,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad