web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya 8 Peratus Kanak-Kanak Terima Vaksin COVID-19 di Tawau 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 7:48PM

Hanya 2,160 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di Tawau mendapat vaksin COVID-19 sejak PICKids dilancarkan bulan lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Hanya lapan peratus atau 2,160 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di daerah ini, mendapatkan vaksin COVID-19 sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan bulan lalu.

Pegawai Kesihatan Daerah Tawau, Dr G Navindran berkata, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding populasi 27,000 kanak-kanak dalam peringkat umur berkenaan dan layak menerima vaksin terbabit.

“Sebenarnya kita menjangkakan jumlah penerima itu mungkin lebih rendah memandangkan 27,000 murid ini hanya membabitkan data yang didaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ia tidak termasuk kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah kementerian,” katanya.

Dr G Navindran
Dr G Navindran

Menurut Dr Navindran, perkara itu berlaku memandangkan sebahagian besar ibu bapa atau penjaga bimbang mengenai kesan sampingan vaksin terbabit ke atas anak mereka.

“Pihak kami sudah melakukan pelbagai program, termasuk membuka pusat pemberian vaksin (PPV) di sekolah di sekitar daerah ini, tetapi masih kurang mendapat sambutan memandangkan ibu bapa bersikap ‘tunggu dan lihat’.

“Sesi ceramah dan penerangan bersama pihak sekolah juga sudah dilakukan bagi menggalakkan ibu bapa serta penjaga menghantar anak mereka untuk divaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Navindran berkata, hanya dua sekolah merekodkan jumlah peratusan agak tinggi bagi murid berusia lima tahun hingga 11 tahun yang sudah divaksin.

Sekolah berkenaan, katanya, adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Sin Hwa, iaitu membabitkan 60 peratus penerima dan SRJK Cina Yuk Chin (45 peratus), manakala selebihnya hanya sekitar dua hingga lima peratus.

Terdahulu, ramai ibu bapa meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial apabila kerajaan menggesa supaya mereka membawa anak di peringkat sekolah rendah untuk mendapatkan imunisasi COVID-19.

Mereka mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mensyaratkan risiko kesan vaksinasi perlu ditanggung sepenuhnya ibu bapa, bukan pihak kementerian.

Malah ada yang menafikan tindakan ibu bapa bukan kerana ‘tunggu dan lihat’, sebaliknya menolak terus pengambilan vaksin untuk anak mereka. – Getaran, 3 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad