web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


115 Kes Kematian Akibat COVID-19 Semalam, Tertinggi Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2022 12:01PM

Kes kematian tertinggi yang dilaporkan semalam adalah di Johor iaitu 25 kes, diikuti Sabah dan Selangor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara dikejutkan dengan jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19 bagi tahun ini apabila merekodkan 115 kes semalam, berbanding 75 kes yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, kematian baharu di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam itu turut bertambah daripada 20 kes kelmarin kepada 36 kes.

Angka kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus terbabit adalah sebanyak 32,942 orang daripada 3.4 juta kes positif dikesan di negara ini.

Kes kematian tertinggi dilaporkan di Johor, iaitu 25 kes, diikuti Sabah (24), Selangor (18), manakala Kedah dan Negeri Sembilan masing-masing lapan kes.

Perak merekodkan tujuh kes, Pahang dan Kuala Lumpur enam kes di setiap negeri, Kelantan (4), Pulau Pinang (3), Melaka (2), Perlis (2), Sarawak (1) dan Terengganu (1).

Sebanyak 293,479 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara setakat semalam dengan 281,512 atau 95.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Menurut data sama, seramai 3,425 pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 8,182 pesakit dirawat di hospital, manakala 166 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 194 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh dilaporkan semalam adalah 27,557.

Terdahulu, Malaysia mencatatkan sejarah kes kematian paling tinggi akibat virus COVID-19, iaitu sebanyak 393 kes pada 25 Ogos 2021. - Getaran, 3 Mac 2022.
 

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad