web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PKRC ZWT Sedia 850 Katil, Utamakan Pesakit Lembah Klang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 8:19PM

Dr Ferwahn Fairis (kanan) dan Dr Ridzuan Dato Mohd Isa bercakap dengan media selepas sesi taklimat di PKRC Zon Wilayah Tengah (ZWT) MAEPS 3.0. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) diaktifkan sejak Jumaat lalu dengan kapasiti katil sebanyak 850 buah.

Menurut Pengarah PKRC ZWT, Dr Ferwahn Fairis Ab Karim, pusat itu dikhaskan bagi pesakit COVID-19 untuk kategori 1, 2A dan 2B, membabitkan tiga lokaliti, iaitu Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya.

Katanya, seramai 363 petugas kesihatan dan kakitangan agensi kerajaan digerakkan bagi menguruskan PKRC ZWT, susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini, terutama di Lembah Klang.

“Pengoperasian semula PKRC yang dijenamakan semula sebagai PKRC ZWT ini adalah untuk merawat pesakit COVID-19 berisiko rendah dan menjadi salah satu strategi susulan penularan varian Omicron.

“Setakat hari kelima pengoperasian pusat ini, jumlah kumulatif pesakit COVID-19 yang mendapatkan rawatan di sini adalah seramai 119 orang dengan 29 daripadanya sudah dibenarkan pulang,” katanya pada sesi taklimat di PKRC ZWT di sini, hari ini.

PKRC ZWT telah mula beroperasi sejak Jumaat lepas. - Gambar oleh Sadiq Asyraf
PKRC ZWT telah mula beroperasi sejak Jumaat lepas. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Dr Ferwahn yang juga Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Serdang berkata, setakat jam 2 petang hari ini, seramai 90 pesakit masih berada di PKRC ZWT bagi mendapatkan rawatan.

“Daripada jumlah itu, seramai 53 orang adalah wanita, manakala selebihnya, iaitu 37 lelaki,” katanya.

Beliau berkata, pengoperasian PKRC ZWT mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, setiap pihak berkenaan diberi tugasan mengikut kapasiti masing-masing dari pelbagai aspek, antaranya keselamatan, sanitasi dan pengangkutan.

Setakat ini, jelasnya, PKRC ZWT mengutamakan pesakit daripada Lembah Klang berdasarkan kapasiti sedia ada yang disiapkan.

“Namun, pihak kami tidak menolak kemungkinan untuk membuka pintu pusat ini kepada pesakit daripada negeri berhampiran jika diperlukan kelak,” katanya - Getaran, 2 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad