web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Cadang Perluas Elaun Petugas Barisan Hadapan Urus COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 4:42PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak semula dan mengemas kini elaun khas kumpulan petugas barisan hadapan yang menguruskan COVID-19, bagi membolehkan bayaran itu diperluaskan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, masih terdapat kumpulan petugas kesihatan yang terbabit dalam pengurusan pandemik itu selain doktor, jururawat dan pemandu ambulans, layak menerima elaun khas tersebut.

“Kumpulan layak menerima elaun khas ini akan disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“Contohnya, ahli fisioterapi terbabit dalam rawatan pesakit simptom COVID-19 berpanjangan atau ‘long COVID-19’ yang menepati kriteria untuk mendapat elaun khas tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom dari Pakatan Harapan (PH) yang mahu Khairy menjelaskan berhubung pembayaran bonus kepada pekerja barisan hadapan dalam kalangan kakitangan kesihatan.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan, sejumlah RM1.1 bilion Elaun Khas COVID-19 sudah dibayar kepada petugas barisan hadapan kesihatan sehingga 31 Disember tahun lalu.

Katanya, kadar pemberian elaun itu kepada petugas barisan hadapan, termasuk doktor, jururawat dan pemandu ambulans dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan bermula April 2020.

“Prinsip melayakkan pembayaran elaun khas COVID-19 adalah doktor dan anggota kesihatan perlu melaksanakan tugas dalam rantaian skop pengurusan pandemik itu.

“Malah bayaran yang diberikan adalah berdasarkan borang tuntutan dibuat pegawai kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad