web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terpedaya Panggilan ‘Pegawai LHDN’, Suri Rumah Rugi RM21,400

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 3:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU - Dek terpedaya dengan lakonan ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), seorang suri rumah kerugian RM21,400 dalam kejadian di Kampung, Patikang di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa, 31, mendakwa menerima panggilan daripada individu mendakwa mahu membantu menyelesaikan tunggakan cukainya.

Suspek mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai bernilai RM36,600, namun dinafikan wanita itu.

Panggilan telefon mangsa kemudian disambungkan kepada seorang wanita lain yang dikatakan pegawai polis yang mengendalikan kes berkenaan.

Bagi meyakinkan mangsa, suspek turut menyambung panggilan itu kepada seorang lelaki yang mendakwa bekerja di Bank Negara Malaysia (BNM).

Lelaki berkenaan kemudian menghantar satu pautan menerusi aplikasi WhatApps mangsa sebelum wanita itu membukanya dan mengisi butiran seperti diminta, kononnya bagi mengelakkan potongan wang dari mahkamah.

Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim
Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim

Selepas mengisi maklumat berkaitan dan menghantarnya, mangsa mendapati wang dalam akaun simpanan bank miliknya berkurangan sebanyak RM21,400.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim ketika dihubungi, hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

“Insiden itu hanya disedari mangsa ketika dia memeriksa akaun bank secara dalam talian selepas beberapa jam mengisi borang menerusi pautan dihantar suspek.

“Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian tampil membuat aduan polis kelmarin,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, Nor Rafidah meminta orang ramai tidak mudah mempercayai panggilan telefon daripada individu tidak dikenali, khususnya berkaitan apa jua urusan kewangan.

“Jika perlu, terus berhubung dengan agensi kerajaan yang disebutkan individu berkenaan bagi tujuan pengesahan,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Ahli Sindiket Macau Scam Ditahan, Pekerja Kilang Rugi RM432,725

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Angkara Sindiket Macau Scam, Jururawat Rugi RM198,000

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Peniaga Rugi Lebih RM1 Juta Ditipu Sindiket Macau Scam

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Pengurus Syarikat Kerugian Lebih RM1.2 Juta Diperdaya Sindiket ‘Macau Scam’

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 25 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad