web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Negeri Catat Lebih Separuh Kapasiti Kritikal Katil, Kelantan Tertinggi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 6:35PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan negeri merekodkan penggunaan kapasiti katil melebihi 50 peratus, membabitkan pesakit COVID-19 bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU), setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapasiti itu membabitkan pesakit di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

“Negeri berkenaan ialah Kelantan membabitkan penggunaan katil 70 peratus, disusuli Putrajaya (67 peratus), Kuala Lumpur (65 peratus) dan Johor (63 peratus).

“Selain itu, Melaka (61 peratus), Perak (58 peratus), Perlis (55 peratus) dan Sabah (53 peratus),” katanya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, data Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penggunaan kapasiti katil bagi pesakit bukan ICU menunjukkan 12 negeri telah melepasi paras 50 peratus.

Katanya, Selangor melaporkan penggunaan kapasiti katil paling tinggi melebihi 100 peratus, iaitu 106 peratus, diikuti Kuala Lumpur dan Perak, masing-masing 91 peratus.

Beliau berkata, Kelantan menyaksikan penggunaan katil sebanyak 87 peratus, Putrajaya (84 peratus), Perlis (78 peratus), Pahang (69 peratus), Johor (68 peratus), Terengganu (60 peratus), Sabah (60 peratus), Pulau Pinang (57 peratus) dan Sarawak (55 peratus).

“Bagi penggunaan kapasiti katil di PKRC, hanya satu negeri, iaitu Melaka menunjukkan peratusan melebihi 50 peratus, iaitu 57 peratus.

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 193 pesakit dan peratusan penggunaannya adalah 35 peratus daripada keseluruhan alat itu untuk pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19,” katanya.

Kata Dr Noor Hisham, sebanyak 1,555 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam, membabitkan 592 kes atau 38.1 peratus kategori 3, 4 dan 5, manakala 963 kes (61.9 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Jelasnya, daripada 23,100 kes harian dilaporkan semalam, 186 kes atau 0.81 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5 serta 22,914 kes (99.19 peratus) adalah kategori 1 dan 2.

Setakat semalam, katanya, sejumlah 8,304 kes atau 35.95 peratus membabitkan kategori 1, manakala 14,610 kes atau 63.24 peratus (kategori 2), 96 kes atau 0.42 peratus (kategori 3), 39 kes atau 0.17 peratus (kategori 4) dan 51 kes atau 0.22 peratus (kategori 5).

“Daripada 186 kes COVID-19 bagi kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 39 kes atau 20.97 peratus tidak divaksin atau belum lengkap divaksinasi.

“Sebanyak 84 kes (45.16 peratus) menerima dua dos vaksin COVID-19, tetapi belum menerima dos penggalak, 63 kes (33.87 peratus) menerima dos penggalak, 82 kes (44.09 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 84 kes (45.16 peratus) mempunyai komorbid dan dua kes (1.08 peratus) adalah ibu mengandung,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 6,782 kluster direkodkan di negara ini sejak pandemik itu melanda sehingga semalam.

“Kluster baharu direkodkan semalam adalah tiga kluster. Jumlah kluster tamat adalah 6,302 kluster dan jumlah kluster aktif, 480 kluster.

“Nilai kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) direkodkan semalam adalah 1.03,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad