web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pantai Timur Masih Berisiko Dilanda Banjir - METMalaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 4:57PM

Me

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negeri di Pantai Timur Semenanjung masih berisiko dilanda banjir sepanjang tempoh Monsun Timur Laut sehingga penghujung Mac, disebabkan kecenderungan kawasan terbabit menerima tiupan angin lebih kencang dan berterusan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam laporan tinjauan cuaca bagi Mac sehingga Ogos mendapati, negara cenderung menerima tiupan angin lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut dengan kelajuan mencapai 20 kilometer per jam.

Menurut agensi itu, ia boleh mengakibatkan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh, terutamanya di negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

“Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan yang kerap dinaiki air.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk, selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan,” katanya.

Dalam laporan setebal 17 muka surat itu, MET Malaysia meramalkan kebanyakan negeri di semenanjung dijangka menerima taburan hujan melebihi purata iaitu 100 milimeter (mm) hingga 400 mm, khususnya Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Kelantan, Terengganu dan sebahagian Pahang.

Bagaimanapun, berdasarkan carta kadar hujan yang dikeluarkan agensi itu menunjukkan keadaan di Pantai Timur akan kembali pulih selepas berakhirnya Monsun Timur Laut.

“Pada bulan April, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 400 mm, kecuali di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan sebahagian Perak yang dijangka menerima hujan sedikit melebihi purata iaitu di antara 200 mm hingga 400 mm.

“Pada bulan Mei pula, keadaan cuaca negara dijangkakan dipengaruhi oleh Monsun Barat Daya dengan kebanyakan negeri di Semenanjung diramalkan menerima hujan pada paras purata antara 100 mm hingga 350 mm,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 40 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad