web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, Kelantan Menurun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 8:23AM

Pemandangan udara menunjukkan Pekan Rantau Panjang dan kawasan sekitar yang dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Golok, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat manakala di Kelantan menurun setakat 8 malam tadi.

Di TERENGGANU, jumlah penduduk terjejas akibat banjir meningkat kepada 14,002 orang daripada 3,888 keluarga berbanding 13,530 orang daripada 3,735 keluarga pada tengah hari semalam.

Setakat ini terdapat 159 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu 35 di Besut, Dungun (29), Setiu (28), Hulu Terengganu (28),  Kemaman (23), Kuala Terengganu (sembilan), Kuala Nerus (enam) dan Marang (satu).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kemaman seramai 4,420 orang diikuti Hulu Terengganu (3,696), Dungun (1,999), Besut (1,622), Setiu (1,291), Kuala Terengganu (622), Kuala Nerus (347) dan Marang (lima).

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan hanya empat sungai di empat daerah masih berada di paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di Daerah Kemaman, Sungai Nerus (Setiu), Sungai Dungun (Dungun) dan Sungai Terengganu (Kuala Terengganu).

KELANTAN, jumlah mangsa banjir menurun kepada 8,054 orang daripada 2,600 keluarga berbanding 8,920 orang daripada 2,862 keluarga petang semalam.

Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan sebanyak 50 PPS dibuka melibatkan 22 di Pasir Mas, Tanah Merah (10), Kuala Krai (lapan), Pasir Puteh (enam), Machang (tiga) dan Jeli (satu).

Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS menerusi laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan dua sungai utama di negeri itu berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 24.03 meter (m) dan Sungai Kelantan di Temangan, Machang (20.20m). - Bernama

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad