web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuba Curi 40 Tan Buah Sawit, 4 Penganggur Kena Cekup

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 8:21AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis memberkas empat lelaki yang cuba mencuri 40 tandan buah sawit, selepas menahan sebuah lori  di sekitar Rem Sawit Kampung Selabak, Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata ia bermula apabila seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan itu menghubungi polis selepas terlihat sebuah lori dengan beberapa lelaki dipercayai mengambil buah sawit di dalam rem sawit berkenaan pada kira-kira pukul 4 pagi.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan sekitar Teluk Intan telah pergi ke kawasan rem sawit itu dan terserempak dengan empat lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan, sedang memasukkan buah sawit ke bahagian belakang lori.

Katanya anggota polis telah menghampiri lori berkenaan untuk membuat pemeriksaan namun keempat-empat suspek berusia 22 hingga 42 tahun itu tiba-tiba masuk ke dalam lori dan terus melarikan diri.

"Anggota polis kemudian telah mengekori suspek hingga ke jalan keluar dan berjaya menahan lori berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Ahmad Adnan barang kes dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk tindakan selanjutnya manakala keempat-empat suspek yang positif dadah jenis syabu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad